Shared Values

Innovative, Cohesiveness, Loyalty, Integrity, Professionalism

Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan

Thursday, April 1, 2010

Apa cerita?

Rasanya semua staff KLCC telah pun menerima surat tawaran baru. Bagaimana? Anda terima? Atau ada isu yang perlukan keterangan dari pihak-pihak berkenaan.
Menurut pemerhatian saya, ada berbagai riaksi terhadap surat tawaran tersebut. Tetapi, berapa ramai yang betul-betul bangun mengutarakannya pada pihak pentadbiran KLCC tentang riaksi dan pendirian mereka?
Secara peribadi, saya rasa semuanya cukup terang dan jelas. Terpulanglah kepada semua, samada menerima atau mempertikaikan. Saya ulang.... mempertikaikan. Kalau tidak mempertikaikan, itu bermakna tawaran itu di terima samada dengan rela hati atau berat hati atau patah hati seklaipun
Tetapi, saya rasa semua staff cukup faham dengan tawaran tersebut......... semoga ianya adalah yang terbaik untuk mereka.
Tetapi.............
Bagaimana dengan staff yang menerima tawaran VSS? Mereka adalah Supervisor atau Co-ordinator yang bukan bertaraf "executive". Tak dapat nak kata apa, cuma harapan saya, semoga mereka dapat meneruskan kehidupan, bukan sahaja seperti biasa, tetapi dengan lebih baik.
Kalau H1N1, dikatakan ada "First wave" yang telah kita lalui dengan berbagai trajedi dan kini kita sedang bersedia untuk menghadapi "Second wave" yang mungkin sehebat atau lebih hebat lagi.
VSS First Wave sudah berlalu......
Mungkinkah ada VSS Second Wave.........???????
Tak berani nak kata apalah buat masa ini........ tetapi.... apa salahnya ......... Hope for the best, prepare for the worst!